Tujuan dan fungsi peraturan-peraturan pendidikan yang
dilaksanakan di Malaysia
Tujuan peraturan pendidikan ini dilaksanakan adalah untuk
mengawal tingkah laku dan melicinkan perjalanan hidup warga sekolah supaya
proses pembentukan jati diri dan pendidikan berjalan lancar tanpa ada sebarang
gangguan. Ini kerana sekiranya terdapat gangguan dalam sistem pendidikan
menyebabkan sistem pendidikan yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan
teratur dan secara tidak langsung ia juga membantutkan usaha pembentukan
nilai-nilai murni. Usaha pembentukan nilai-nilai murni ini adalah penting bagi
para pelajar untuk menghadapi situasi sebenar dalam alam kehidupan yang
sebenar.
Terdapat tiga tujuan dan fungsi peraturan-peraturan pendidikan
di Malaysia. Antaranya adalah
1. Pencegahan
Pencegahan bermaksud mencegah guru-guru atau pegawai
pendidikan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh memburukkan imej
institusi pendidikan dan penyalahgunaan kuasa. Pencegahan juga dapat
mengelakkan dari berlakunya amalan-amalan yang melanggar peaturan-peaturan
tersebut. Antara contoh pencegahan adalah seperti mencegah guru terlibat dalam
kegiatan politik.
2. Peringatan
Peringatan dapat dikategorikan dalam memastikan guru-guru
serta pegawai pendidikan sentiasa menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Selain itu, ia juga bermaksud dalam memberikan peringatan kepada guru-guru
serta pegawai pendidikan terhadap akibat dan hukuman sekiranya tidak mematuhi
peraturan. Hal ini juga dapat mengingatkan guru-guru serta pegawai pendidikan
agar sentiasa berwaspada dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
diamanahkan. Sebagai contohnya, mengenakan tindakan kepada guru yang melakukan
kesalahan secara amaran lisan atau bertulis.
3. Pengajaran
Pengajaran bemakna memberikan pengajaran kepada guru-guru serta pengawai pendidikan melalui kes-kes yang lepas serta hukuman yang dikenakan untuk setiap kesalahan yang dilakukan. Dalam konteks ini, tindakan yang dikenakan adalah untuk dijadikan iktibar dan panduan kepada pegawai yang terlibat dan pihak-pihak lain agar perkara yang sama tidak berulang. Misalnya, memberikan hukuman diturunkan pangkat dan ditukar tempat kerja kepada guru-guru yang melakukan kesalahan agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.
No comments:
Post a Comment