Pelaksanaan dan cabaran Kod Etika Profesionalisme Keguruan di Malaysia
Profesion didefinasikan sebagai satu bidang pekerjaan khasnya
yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan
latihan yang khas. Selain itu, profesion juga merupakan satu bidang pekerjaan
yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan
ikhtisas yang cukup bermutu. Guru yang professional haruslah mempunyai tiga
ciri kemahiran professional. Setiap profesion dalam pekerjaan mempunyai kod
etika yang tersendiri. Kod etika ini juga dipunyai oleh profesion perguruan.
Setiap guru dikehendaki mematuhi kod etikanya sendiri demi menjaga status,
akhlak dan maruah dalam profesion perguruan. Pelaksanaan kod etika ini
dilakukan sepenuhnya oleh pendidik dalam memastikan pelaksanaan perkhidmatan
guru yang cemerlang.
Yang pertama, pengetahuan atau kemahiran. Sebelum seseorang
calon itu menjadi guru, calon tersebut perlulah menerima latihan dalam
perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Sebagai contoh seseorang
guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf
oleh kerajaan Malaysia sebelum ia boleh mengajar di sekolah kerajaan.
Walaubagaimanapun, seseorang itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia
mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak
diajarnya. Gurujuga mesti mengetahui kaedah atau cara penyampaian dalam
pelajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di
samping itu guru mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta
dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang
elok,bersabar,bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti
kecerdasan dan sahsiah guru adalh hasil daripada latihan yang membolehkan
sesorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan.Latihan ini termasuklah
kefahaman terhadap sifar kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta
teori penyampaian pelajaran. Selain tugas di bilik darjah, guru-guru juga
mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru
diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan pembimbing di
dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi
pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh
sahsiah yang baik kepada masyarakat.
Yang kedua, mempertingkatkan profesionalisme .Sebagai guru
yang bertangungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah
yang diberikan itu adalah untuk mendidik genarasi yang akan menerajui negara
ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah pendidikan harus
harus diperkemas dari hari ke hari. Untuk mendepani cabaran dan tuntutan
daripada perubahan-perubahan kukrikulum berkenaan, guru hendak berusaha
melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Sehubung dengan kehendak tersebut guru-guru hendaklah mengikuti
kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Sebagai contoh para guru
boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan
Profesionalisme Keguruan. Kursus-kursus yang dihadiri penting bagi seseorang
guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan
yang kian mencabar dan komplek ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk
menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapkan dapat
membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu pengetahuan dan
pemikiran.
Yang ketiga, berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Dengan pemikiran kreatif dan
kritis, guru haruslah boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan
sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang ingin
dijalankan. Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru
untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Yang keempat, mahir menggunakan IT. Mahir
menggunakan ilmu dan kemahiran sebagai pemangkin, guru IT dapat
merubah dunia pembelajaran dalam teknologi menggunakan teknologi ditigal.
Seumpamanya muncul pembelajaran info-komunikasi komunikasi bukan hanya melalui
‘online’ mahupun digital. Para guru pada hari yang dikuasai guru untuk
menyampaikan ilmu diini telah bersikap produktif, proaktif dapat digunakan oleh
dunia semata-mata tetapi dan responsive terhadap sebagai pemankin juga untuk
meraih perkembangan kecanggihan kearah kepentingan ilmu akhirat teknologi yang
telah banyak menghasilkan kebaikan keapada bidang pendidikan. Penggunaan
teknologi dalam pendidikan membawa perubahan dan penubuhan sekolah
bestari serta perkembangan baru dalam berteraskan penggunaan komputer pelbagai
bidang.
Yang terakhir, berpengetahuan dan berdaya fikir serta
berakhlak. Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru
diharapakan dapat membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari
penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas Melalui pembacaan, guru
dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai isu-isu semasa. Dalam hal seperti ini,
guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam
menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar. Dalam
perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion
keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang
terpuji kerana nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran.
Menurut Alis (2016), pada abad ke 21 menjanjikan satu zaman
yang serba canggih hasil daripada perkembangan sains dan teknologi yang hebat.
Segala industri akan berasaskan teknologi terkini. Lantaran itu, tenaga buruh
yang diperlukan mestilah serba mahir. Oleh itu, anjakan paradigma yang
strategik perlu dibuat supaya Malaysia mampu menghadapi suasana global yang
lebih mencabar. Justeru itu, golongan pendidiklah yang memainkan peranan untuk
melahirkan tenaga mahir yang diperlukan itu. Usaha-usaha ke arah melakukan
perubahan dalam dunia pendidikan memanglah wajar dilakukan supaya sistem
pendidikan negara yang sedia ada tidak ketinggalan. Namun, reformasi pendidikan
yang telah diperkenalkan telah memberi pelbagai masalah dalam pendidikan
khususnya kepada warga pendidik.
Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana
rakyat masa depan yang hendak dihasilkan bukan sahaja perlu diterapkan dengan
teknologi tinggi (Hi-Tect) semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan
nilai-nilai moral dan etika yang murni (Foo, 2005). Oleh itu, tidak hairan jika
didapati guru-guru yang berada dalam profesion ini juga tidak terlepas daripada
masalah stres. Beban kerja yang terpaksa dihadapi oleh guru bukan sahaja
melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah bahkan terpaksa
menghadapi masyarakat yang sentiasa memerhati dan meninjau segala perkara yang
berkaitan dengan perguruan.
Akibat daripada perubahan dalam pendidikan ini juga memberi
pelbagai cabaran dan implikasi yang timbul dan ini memerlukan keprihatinan
semua warga pendidik. Kajian yang dijalankan oleh Foo (2005) telah mendapati
berlakunya peningkatan beban kerja setelah perubahan kurikulum dilaksanakan.
Reformasi pendidikan itu akan menyebabkan kerjaya perguruan menjadi lebih
mencabar lagi dan masalah stres mungkin akan timbul pada peringkat permulaan
apabila guru menghadapi keadaan kekurangan masa dan sumber untuk melaksanakan
perubahan atau pembaharuan tersebut.
Menghadapi zaman globalisasi ini, guru menghadapi pelbagai
tekanan dalam memenuhi keperluan para pelajar. Kini pelajar semakin ke
hadapan dengan adanya pelbagai teknologi yang pastinya tidak memerlukan
kepakaran seorang guru. Namun, pelbagai karenah yang dihadapi tidak mungkin
melunturkan semangat para pendidik dalam menjalankan kewajipan demi agama,
bangsa dan negara. Sebagai tuntutannya, guru haruslah memiliki
syarat-syarat berikut dalam memenuhi keperluan para pelajar pada zaman ini.
Antaranya ialah:
a) Mengetahui peranan, tanggungjawab dan tugas mereka sebagai
seorang pengajar.
b) Mempunyai rasa empati yang tinggi terhadap pelajarnya.
c) Bersifat amanah, ikhlas dan jujur terhadap tugas yang
diberikan.
d) Mempunyai sikap ingin membantu dan menolong orang lain.
e) Mempunyai sikap mengambil berat terhadap orang lain.
f) Mempunyai sikap bertimbang rasa dan jujur.
g) Menyedari dan mengetahui harapan para pelajar di bawah
bimbingannya.
h) Berusaha mendapat kepercayaan
yang tinggi terhadap dirinya di kalangan para pelajarnya.
i) Berusaha mewujudkan suasana yang menarik dan
memberangsangkan dengan pelajar.
j) Berusaha mewujudkan suasana dan hubungan yang akrab dengan
pelajar.
k) Berusaha mewujudkan suasana yang menarik dalam kalangan pelajar.
No comments:
Post a Comment