Unit 1

Hubungkait kerjaya guru dan amalan kod etika profesionalisme di Malaysia



Kod etika merupakan garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan kepada aspek yang berkaitan dengan peraturan, peranan nilai serta tingkahlaku profesional.

Dalam bidang pendidikan, etika keguruan digubal pada tahun 1970-an yang membawa maksud satu set tingkahlaku atau tanggungjawab guru terhadappelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara dan rakan sejawat serta profesion. Oleh itu, setiap guru yang sedang berkhidmat wajib akur dan patuh etika ini. Terdapat tujuh nilai utama yang menjadi fokus etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai tersebut ialah:



Kod etika profesion keguruan sama seperti profesion yang lain seperti kejuruteraan, perubatan dan guaman, juga mempunyai kod etikanya. Bagi seseorang guru mereka perlu mematuhi kod etika ini demi menjaga imej, maruah, status, akhlak dan keperibadian seseorang guru. Lebih-lebih lagi dalam konteks negara kita Malaysia, imej yang dipertontonkan oleh seseorang guru perlu boleh diteladani oleh anak-anak muridnya supaya imej dan maruah guru dapat dimartabatkan dan diletakkan di tempat yang tinggi. Di Malaysia, “Tatasusila Profesyen Keguruan” yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, adalah merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya.

Terdapat empat komponen utama kod etika profesionalisme di Malaysia yang sangat berhubungkait dengan kerjaya guru. Komponen yang pertama adalah tanggungjawab guru terhadap murid dimana para guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid lebih daripada hal peribadi. Para guru juga perlu bersifat adil terhadap murid tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial dan agama serta memelihara dan memperbaiki tahap kecekapan ikhtisas menerusi penyelidikan, lawatan, menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, seminar atau mensyuarat supaya pengajaran mencapai kualiti yang tinggi. Komponen ini sangat berkait dengan prinsip etika kerja yang perlu dimiliki oleh para guru iaitu prinsip perlakuan yang baik dimana para guru erlu mempunyai tingkah laku yang baik bagi menjalankan tugas dengan sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping membaiki imej profesion. Perlakuan yang baik tersebut termasuklah dari segi penampilan diri, pertuturan dan tindakan yang mesti dijaga dengan baik sepanjang masa.   

Komponen  kod etika profesionalisme yang seterusnya iaitu tanggungjawab guru terhadap ibu bapa. Para guru mestilah menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka serta berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga dan menganggap semua maklumat yang diberi ibu bapa tentang anak mereka adalah sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali yang berhak mengetahuinya. Para guru juga perlu mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan murid terhadap ibu bapa mereka. Komponen ini sangat berkait dengan prinsip etika kerjaya guru iaitu niat yang betul. Setiap guru mestilah melaksanakan tugas dengan betul sebagaimana yang dituntut oleh agama dan selaras dengan nilai etika kerja yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.   

Selain itu, tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan merupakan komponen kod etika profesionalisme yang sangat berkait dengan prinsip etika kerjaya guru iaitu disiplin dan beradab.  Komponen ini menekankan bahawa setiap guru perlu berusaha menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh serta sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial disamping sentiasa bersedia memberi tunjuk ajar kepada rakan sejawat terutamnya mereka yang baru menceburi profesion keguruan. Setiap guru juga perlu sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan eorang guru mestilah menjaga disiplin, adab sopan dan akhak agar menjadi contoh kepada setiap murid sebagaimana yang dituntut oleh agama sejajar dengan prinsip etika disiplin dan beradab yang di tekankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Komponen kod etika profesionalisme yang terakhir adalah tanggungjawab kepada masyarakat dan negara. Guru hendaklah menjalankan tanggungjawabnya dengan mengambil kira keperluan masyarakat dan negara demana setiap guru hendaklah mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boelh merosakkan kepentingan murid, masyarakat, negara atau ajaran yang bertentangan dengan Rukun negara. Para guru juga memaikan peranan yang penting dalam memupuk murid-murid dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua serta menghormati adanya perbezaan, kebudayaan, keturunan dan agama. Daripada ini, dapat kita perhatikan bahawa komponen ini sangat berkait dengan prinsip etika kerja iaitu penggerak ke arah pembaikan dimana seorang guru mestilah menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, progresif, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan.

Kesimpulannya, perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri mereka sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru meminkan peranan yang cukup penting dalam menyebarkan ilmu kepada anak-anak muridnya. Guru boleh menjadi model kepada anak-anak muridnya. Oleh itu guru perlu mempunyai sifat dan kualiti peribadi profesional dan sosial yang baik. Dengan kualiti peribadi yang tinggi guru akan berjaya menjalankan tugasnya dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment